Tuesday 19 November 2019

MIRI BAKAL JADI BANDAR PINTAR PERTAMA DI SARAWAK


MIRI selama ke hari ini terkenal sebagai bandar minyak bagi Sarawak dan dijangka dalam masa sembilan bulan lagi ianya akan dikenali sebagai Bandar Pintar atau “Smart City” yang pertama bagi Sarawak.  Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari, Miri dipilih kerana ianya mempunyai jaringan dan maklumat yang pintar untuk menjadi model bandar perintis sebelum mengembangkannya ke Bandar Kuching.  

Pautan berita penuh:


Konsep bandar pintar atau “smart city” adalah satu bandar yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan pelbagai peranti fizikal untuk merancang kecekapan, operasi dan perkhidmatan bandar kepada rakyat.  Buat masa sekarang belum ada lagi bandar-bandar di Sarawak yang dipilih untuk menjadi bandar pintar walaupun projek Darul Hana di Kuching menjadi pelan induk bandar pintar dari segi infrastruktur dan teknologi.

No comments:

Post a Comment