Sunday, 17 November 2019

KOS RM100K GEREJA VS RM60K TANDAS AWAM PH


BEGINILAH jadinya bila mana sudah tiada modal untuk berpolitik sehinggakan kos pembinaan untuk sebuah gereja yang dinamakan Gereja St. Francis di Kampung Tegelam, Simunjan di Sarawak yang dibina oleh UNIFOR dijadikan mainan politik Parti Keadilan Sarawak.  Di dalam laman fb mereka berterusan menimbulkan kebencian rakyat konon-konon tidak disabitkan akal akan kos pembinaannya dan natijahnya kerana tidak tertahan dengan cemuhan rakyat Sarawak akhirnya pihak pentadbir memadamkan status tersebut.  Tetapi mereka lupa kita sentiasa ada apa yang dinamakan tangkap layar atau screenshot.  

Hakikatnya jangan melihat secara kasar sahaja kerana sekarang dengan kos RM100K itu mencakupi banyak perkara daripada bahan asas pembinaan yang sudah tentu melambung tinggi ditambahlagi dengan pemasangan elektrik serta kemudahan yang lain sudah tentu ianya menuntut kos yang sebegitu rupa. Belum lagi dikira dengan kerja-kerja tanah dan juga untuk menguatkan struktur tanah contohnya melainkan jika kita mahukan sebuah gereja yang bertahan sebulan dua kemudian ditiup angin terus rebah menyembah bumi.  

Dan mungkin puak-puak pembangkang di Sarawak boleh juga mempersoalkan bagaimana kos tandas awam di Taman Hui Sing yang dibangga-banggakan oleh kuartet PH Sarawak yang sekangkang kera boleh mencapai sehingga RM60K seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.  Mengapa tidak bertanya kepada geng sebantal wahai PKR Sarawak.  

Pautan mengenai kos tandas ada seperti pautan ini:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/07/21/tandas-awam-akan-dibina-di-taman-rekreasi-hui-sing

Kalau hendak menjadi “check and balance” sekalipun biarlah kena pada tempatnya dan bukannya hanya mengeluarkan isu seperti ini bagi meraih simpati sokongan.  Ada baiknya PKR membina juga rumah-rumah ibadat di Sarawak dan bukan mempersoalkan apa yang digerakkan oleh UNIFOR yang satu-satunya bukti bahawa Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kemudahan untuk agama lain.  

Ini bukannya cukup hanya memberi dua tiga keping zink dan dinding kayu lantas mengambil gambar beramai-ramai kemudian selesailah masalah rakyat. Selepas itu kuartet PH akan muatnaik di dalam media sosial bertubi-tubi memuji diri sendiri dengan status #doneclaim.  

Jika Ahli Parlimen GPS dijemput untuk merasmikannya apa salahnya kerana sudah terang bahawa DS Nancy Syukri itu adalah Ahli Parlimen Simunjan.  

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. 

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. 

No comments:

Post a Comment