Friday 8 November 2019

SEKAT KEDATANGAN MENTERI PERSEKUTUAN YANG MENGANGGU KESTABILAN DI SARAWAK


AUTONOMI imigresen yang merupakan salah satu daripada kuasa yang masih ada dan digunapakai di Sarawak sejak penubuhan Malaysia 1963.  Dan ianya digunapakai apabila Kerajaan Sarawak merasakan individu atau kumpulan itu akan membawa ketidakstabilan di Sarawak.  Bukan satu hal yang luarbiasa kerana selama ke hari ini ramai sudah yang kita hantar pulang apabila baru memijak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Dan ketika sidang DUN Sarawak tadi, Dato Idris Buang yang juga merupakan ADUN Muara Tuang dengan cukup tegas di dalam perbahasannya meminta Kerajaan Sarawak untuk MENYEKAT MANA-MANA MENTERI PERSEKUTUAN YANG MENDATANGI SARAWAK semata-mata untuk menganggugugat kestabilan Sarawak.  Kedatangan beberapa individu bertaraf menteri di Sarawak yang sewenang-wenangnya membuat spekulasi bagi mempengaruhi minda rakyat malah turut memberi impak kepada pelabur-pelabur asing harus diajar.  

Pautan berita penuh:

https://dayakdaily.com/idris-bar-entry-of-federal-ministers-who-destabilises-sarawak/


No comments:

Post a Comment