Wednesday, 27 November 2019

HILANG DI PARLIMEN SEBAB MP PH SEJUK, LETIH!


SIDANG Parlimen pada kali ini diwarnai dengan cerita “kehilangan” ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan sehingga memaksa Tuan Yang Dipertua membunyikan loceng seolah-olah “cikgu disiplin” beberapa kali.  Ini belum lagi termasuk bagaimana “kehilangan” mereka menyebabkan ada sesetengah Rang Undang-Undang (RRU) yang hendak digubal tidak mampu untuk dibuat malah ada perbahasan yang dihentikan kerana tidak cukup korum seperti yang dikehendaki.  

“Kehilangan” ahli-ahli Parlimen PH turut berlaku ketika Perdana Menteri Tun M hendak membuat perbahasan yang mana hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa ada “anak-anak buah si nakhoda kapal” yang melawan tuan mereka di parlimen tempohari.  Melihat kecenderungan itu juga, Perdana Menteri Tun M pernah mengulas isu tersebut yang mana beliau memberikan kritikan yang cukup pedas buat ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan untuk menghadirkan diri sewaktu sidang parlimen berlangsung.  

Jenaka apakah yang cuba disogokkan oleh ahli-ahli parlimen PH tidaklah diketahui namun begitu lagi menjadi satu bahan ketawa apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu, Mohamed Hanipa Maidin yang juga merangkap Ahli Parlimen Sepang (AMANAH) memberikan alasan konon-kononnya ahli-ahli parlimen PH tidak tahan dengan kesejukan.  

Pautan berita penuh:


Selain itu bagi Ketua WHIP PKR iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) pula memberi alasan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan terlalu keletihan kerana terpaksa berada di dalam parlimen sehingga lewat malam dan seterusnya bangun awal-awal pagi untuk sidang seterusnya.  Dan belum lagi terpaksa menguruskan hal-hal parlimen dan tugasan lain yang berkaitan.  

Pautan berita penuh:


Hakikatnya menghadirkan diri ke parlimen dan berada di dalam sidang itu penting kerana disitulah mereka menjadi wadah untuk berbicara mengenai permasalahan rakyat.   Jika diikutkan sidang dewan rakyat itu bukanlah berlangsung 365 hari malah mempunyai sesi penggalnya tersendiri.  Sedangkan ketika di belajar di sekolah mahupun universiti sekalipun, kehadiran itu penting untuk seseorang itu menimba ilmu maka begitulah juga ketika di sidang Parlimen yang mana ianya adalah untuk menentukan halatuju sebuah negara.

Gaji besar diberikan kepada seorang Ahli Parlimen adakah untuk memberikan alasan yang bodoh-bodoh seperti itu atau sekadar “asalkan ada” menghadirkan diri di dalam sidang rakyat seperti yang tular di media sosial baru-baru ini iaitu seorang MP PH sedang bersenang-lenang sambil menonton youtube perlawanan bola pun tiada berguna. :D

Hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. 

No comments:

Post a Comment