Friday, 8 November 2019

CHONG BOLEH BINA BAS HIDROGEN TERBANG! 😁


TATKALA Sarawak tampil sebagai satu-satunya negeri di dalam Malaysia yang mengadakan bas hidrogen untuk pengangkutan awam yang mana sekarang masih lagi percubaan di jalan-jalan di sekitar Kuching, ianya dibidas oleh ADUN Kota Sentosa dan kuartetnya. Menurut Chong Chieng Jen ianya tidak praktikal malah terlalu bahaya.

Di DUN Sarawak, ADUN Balingian menempelak ADUN Chong yang ternyata masih lagi memandang ke belakang akan hal semasa. Menurut beliau di London tahun depan kemudahan bas dua tingkat yang menjadi ikon London turut menggunakan kuasa hidrogen. Malah Olimpik Tokyo turut mengadakan bas hidrogen yang serupa.

Dengan penuh sinis, YB Abdul Yakub Armi mungkin Chong bersedia untuk menyokong andaikata PH Persekutuan boleh mencongak untuk membina bas hidrogen sepertimana yang dijelmakan oleh seorang YB Bersatu yang juga menteri di persekutuan iaitu KERETA TERBANG.

Pautan berita penuh;


Begitulah perangai si Chong yang segalanya ingin dibangkang apabila di DUN Sarawak. Tetapi akan diam seribu bahasa menjadi pak angguk di peringkat persekutuan. Mengapa beliau tidak membantah cerita "kereta terbang" biarpun tahu ianya hanya sandiwara semasa.

Jika ianya baik untuk Sarawak telahan kita ada sumbernya mengapa tidak. Kita harus cintai alam kita untuk generasi yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment