Sunday 3 November 2019

BAJET ALTERNATIF SARAWAK 2020, ADIL 13 “BAJET BAGUS”


MINGGU lepas menyaksikan ada satu bajet alternatif Sarawak 2020 yang dihantar oleh sekumpulan individu daripada ADIL 13 yang kesemuanya pro-PKR ke Wisma Bapa Malaysia.  Dan kita ternanti-nanti adakah mereka yang menggelar diri mereka ADIL 13 ini mewakili suara Pakatan Harapan Sarawak.  

Dan melalui hebahan oleh Ketua Penerangan Keadilan Sarawak bertarikh 30hb Oktober 2019 menyatakan bahawa Bajet Alternatif ADIL 13 BUKANNYA BAJET ALTERNATIF RASMI dari Pakatan Harapan Sarawak.  

Pautan adalah seperti berikut:


Nampak gayanya terlalu banyak ting tong di dalam Pakatan Harapan Sarawak sehingga ada yang megah sendiri membelakangkan kepimpinan parti sendiri menghantar bajet alternatif.  Waima bajet alternatif sekalipun seharusnya bukan seperti kita bermain-main pondok.  Bagaimana hendak memerintah sekiranya terlalu ramai menjadi “nahkhoda” boleh tenggelam kapal dibuatnya.

No comments:

Post a Comment