Saturday, 23 November 2019

DUA ANAK SARAWAK WAKILI MALAYSIA KE SUKAN BOLA PADANG SUKAN SEA 2019



JIKA tiada azam dan tekad berserta minat yang mendalam sudah tentu setiap apa yang diceburi itu hanya satu hobi sahaja.  Dan begitulah juga dua orang anak Sarawak yang seharusnya kejayaan mereka kita bangga kerana akhirnya berjaya terpilih untuk mewakili Malaysia di dalam sukan bola padang di Sukan SEA 2019 yang akan memulakan pertandingannya dari 25 November hingga 2 Disember 2019 ini.  

Dua anak Sarawak yang amat kita banggakan ini adalah Ivana Sonia Beriak dan Jeneter Kadir. Ivana yang berusia 25 tahun adalah anak Sarawak kelahiran Asajaya, Kota Samarahan.  Memulakan karier sebagai atlet bola padang tatkala menyertai UM Lynx FC dan sekarang merupakan atlet harapan untuk Hufflepuff FC.  Sementara itu Jeneter Kadir yang berasal dari Miri, bukanlah satu nama yang asing di dalam kancah dunia sukan Sarawak kerana beliau sebelumnya adalah pemain hoki kebangsaan.  Kehebatan beliau yang mampu menggunguli dua acara sukan lantas mewakili Malaysia di dalam sukan bola padang adalah sesuatu yang amat membanggakan.  

Kedua-dua atlet kelahiran Sarawak ini sekarang sudahpun berlepas ke Manila, Filipina semalam bersama-sama dengan 40 atlet Pasukan Bola Padang Malaysia dengan diiringi oleh lapan pegawai sukan.

Pautan berita penuh:

https://dayakdaily.com/two-sarawakians-in-national-floorball-team-to-play-against-thailand-in-sea-games-2019/?fbclid=IwAR3zmhRNFIUGuLKwPaBcRPcds23MndlZ_9lgeobAkIdLTHMllrQ4Geoq5vw 

Selamat maju jaya diucapkan kepada Team Malaysia.  

Malaysia Boleh!

#IAMSARAWAKIAN 

No comments:

Post a Comment