Sunday, 17 November 2019

GPS TIDAK AKAN “RUJUK” KEMBALI KEPADA BN


BIARPUN Barisan Nasional menang besar di Tanjung Piai malah sebelum ini banyak pilihanraya kecil memihak kepada BN, untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) sehingga ke saat ini TIDAK PERNAH bercadang untuk “rujuk” kembali kepada Barisan Nasional.  Walaupun sejak dahulu lagi mereka adalah antara parti-parti komponen di Sarawak yang pernah memperkuatkan kerusi Barisan Nasional di Sarawak dan keluar BN selepas PRU yang lepas.  

Inilah yang diperjelaskan oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputra (PBB) iaitu Datuk Abdul Karim bin Hamzah yang juga merangkap Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak juga ADUN Asajaya.  Menurut beliau GPS sekarang adalah satu entiti yang tersendiri dan sesuai dengan visi serta misi yang memperjuangkan hak dan suara Sarawak mengikut acuan sendiri maka bergerak secara berasingan tanpa bersekongkol dengan mana-mana parti dari Malaya akan lebih memberikan impak di dalam perjuangan GPS.   

Walaupun begitu, GPS akan BEKERJASAMA dengan PH mahupun BN andaikata sesuatu isu itu akan memberikan kebaikan kepada Sarawak.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment