KEHARMONIAN kaum dan agama sememangnya antara nilai-nilai murni yang masih Sarawak pertahankan sehingga ke hari ini. Kekuatan itulah yang menyebabkan ianya menjadi antara tiang seri di dalam memperjelaskan kukuhnya kesatuan rakyat Sarawak.
Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan akan kepayahan Borneo Evangelical Mission yang masih lagi beroperasi di rumah kedai maka Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melalui UNIFOR telah memberikan tanah seluar 2.8 ekar kepada BEM bagi membina gereja dan kompleks komuniti yang baharu. Lokasinya pula adalah Taman Desa Wira, Kuching.
Pautan berita penuh:
Ini merupakan satu pendekatan yang terbaik digunapakai oleh pemerintah yang memahami kehendak dan keperluan penganut agama yang lain. Sesuai dengan konsep Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak yakni beliau mengadaptasi “Piagam Madinah” iaitu satu perjanjian yang dibuat oleh Baginda Rasulullah pada tahun 644 Masihi ketika di Madinah. Ianya adalah 23 fasal piagam yang membicarakan hubungan antara umat Islam sesama umat Islam dan 24 fasal lagi membicarakan tentang hubungan umat Islam dan BUKAN umat Islam.
Agama kamu adalah agama kamu, agama aku adalah agama aku.
No comments:
Post a Comment