ADUN Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Stampin yakni YB Chong Chieng Jen terus diasak untuk membuat pengumuman senarai tujuh pemegang AP import gula di Sarawak. Menurut kenyataan sebelumnya YB Chong pernah memberitahu bahawa ianya akan dihebahkan kepada umum menjelang Parlimen bermesyuarat. Namun begitu masih tiada khabar berita lagi dan sekarang sudahpun sessi Dewan Undangan Negeri Sarawak mengambil tempat.
Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Encik Tan Kai hal ini bukan sekali dua dibangkitkan malah telahpun diwar-warkan di media dan kali terakhir adalah pada tanggal 10 Oktober yang lalu. Sebagai Timbalan Menteri KPDNKK, YB Chong seharusnya membuat hebahan itu kerana ianya atas dasar ketelusan seperti yang kerajaan war-warkan.
Pautan berita penuh:
PH Sarawak seharusnya telus di dalam hal ini memandangkan YB Chong sendiri menjawat jawatan Menteri di Persekutuan telahan lagi ianya ada kena mengena dengan kementerian beliau. Mengapa harus memberi 1001 alasan jika ianya benar-benar mengikut apa yang dilaungkan selama ini MELAINKAN ada sesuatu yang cuba disembunyi. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.
No comments:
Post a Comment