Oleh: Syahrizal Affandy
1. Masih ingat 07 May 2016? Waktu itu kita (rakyat Sarawak) baru sahaja selesai memilih kerajaan baharu dengan memberi mandat besar 82 Kerusi kepada BN Sarawak yang diterajui oleh Almarhum Tok Nan.
2. Sebaik sahaja diumumkan kemenangan tersebut, nak tahu apa jadi? Rakyat daripada semenanjung Malaysia berjemaah mengutuk orang Sarawak. “Orang Sarawak masih duduk dalam hutan”. “Orang Sarawak bodoh”. “Sarawak fixed deposit BN” dan macam-macam lagi kutukan diberikan kepada orang Sarawak.
3. Kenapa kutuk kita yang memilih BN untuk Sarawak? Walhal kita tahu prestasi cemerlang dan usaha hebat yang telah ditunjukkan oleh pasukan Tok Nan. Orang luar mana tahu apa-apa, yang penting masa itu mereka mahu BN tumbang.
4. Dek kerana termakan hasutan dan godaan daripada pemimpin Pakatan Harapan dengan janji-janji mat jenin yang mereka akan hidup lebih senang, dapat subsidi sana sini, hutang PTPTN tak payah bayar, jalan lebuhraya bebas Tol, pendidikan percuma, harga minyak turun bla bla dan banyak lagi termasuk formula si Rafizi sotong yang tak pandai habis tu.
5. Itu belum lagi tuduhan-tuduhan yang menakut-nakutkan rakyat kononnya negara hampir bankrap dengan hutan mencecah trilion, pemimpin BN dituduh merompak duit rakyat walhal tiada bukti kukuh. Hal ini membuatkan rakyat di semenanjung semakin “bersemangat” nak tumbangkan Kerajaan BN dengan memilih PH.
6. Kini apa mereka dapat? Hancing. Janji dalam manifesto yang bukan kitab suci dimungkiri, harga minyak dan barang tidak turun malahan yang turun harga komoditi. Isu perkauman semakin memuncak dan rakyat hidup dalam keadaan tidak selesa kerana dibohongi 24 jam sehari 7 hari seminggu oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
7. PENGAJARAN UNTUK RAKYAT SARAWAK: PRK Tanjung Piai yang mana kerusi itu sebelum ini dimiliki oleh Pakatan Harapan kini telah dimenangi oleh BN dengan majoriti yang besar. Ini merupakan bukti bahawa rakyat di sana MENYESAL dengan hasutan, godaaan serta fitnah jahat daripada Pakatan Harapan. Walhal mereka sebelum inilah yang memanggil kita orang Sarawak bodoh sebab mengekalkan BN di Sarawak.
8. Cuba tengok modus operandi yang sama diguna oleh pemimpin PH di Sarawak untuk memikat undi rakyat Sarawak. Berjanji macam-macam walhal banyak lagi janji sudah terang dimungkiri. Kita sudah ada pengajaran jelas, mengapa perlu memilih untuk ditadbir oleh PEMBOHONG?
9. Jangan mudah terikut-ikut dengan emosi hasil daripada hasutan mereka si gila kuasa. Jadikan peristiwa hitam PRU14 sebagai PENGAJARAN. Tengok bagaimana rakyat diperalat? Belum tentu PRU15 dan seterusnya kita dapat menyingkir PH. Kerana mereka ada kuasa dan cara untuk kejal berada di atas kerusi empuk di Putrajaya.
Kerajaan Sarawak hari ini sudah berikan yang terbaik untuk rakyat. Tiada yang sempurna, mereka juga perlukan masa kerana mereka juga berhadapan dengan pelbagai rintangan. Mereka yang berniat jahat tidak lain hanya menidakkan usaha murni menyantuni rakyat kerana yang mereka mahu adalah mandat walaupun dengan cara menipu dan membohongi rakyat!
Anang kalah bulu wai!
Anang kena bula!
Sida bala PH, Enda Bula Enda Menang!
Tolak PH untuk Sarawak yang sejahtera!
No comments:
Post a Comment