Tuesday 19 November 2019

JAWATAN BARU BIAN SEBAGAI PENGERUSI MPN SARAWAK DALAM BAHAYA!


ATAS alasan kapasiti jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Sarawak yang mana barangsiapa yang memegang jawatan tersebut harus sentiasa mempunyai masa  berjumpa dengan semua Ketua Cabang di Sarawak lebih-lebih lagi dengan pilihanraya negeri yang semakin mendekat maka dikhabarkan 18 ketua cabang PKR Sarawak menyokong untuk YB Baru Bian berundur dari jawatan tersebut.  Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Apa yang mKetua Cabang Selangau iaitu Joshua Jabeng.

Dan beliau turut menambah bahawa Baru Bian tidak mempunyai hak untuk menyekat Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim merasmikan Konvesyen PKR Negeri Sarawak di Miri yang akan tetap diteruskan samada beliau suka atau tidak.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod di Sarawak sahaja PKR mempunyai 31 cabang dan andaikata benar seperti yang didakwa iaitu 18 ketua cabang menyokong Baru Bian digugurkan menunjukkan jawatan Baru Bian sebagai Pengerusi MPN PKR Sarawak sudah di dalam bahaya.  Lagi menambah derita bilamana Baru Bian yang kita ketahui adalah Ahli Parlimen Selangau turut tidak mendapat sokongan daripada Ketua Cabang Selangau itu sendiri.  

Nampak gayanya PKR Sarawak umpama sudah retak hanya menanti belah sahaja dek kerana ada pemimpin mereka yang pro individu tertentu. Kalau sudah kedudukan pemimpin sendiri tidak stabil bagaimanalah hendak berkhidmat untuk rakyat kelak.  

“Elephant fight with elephant, grass die in the middle”. 

No comments:

Post a Comment