Saturday, 23 November 2019

KONVENSYEN PKR DI MIRI, BARU BIAN “HILANG” ENTAH DI MANA


KONVENSYEN Parti Keadilan Rakyat di Hotel Pullman, Miri baharu sahaja melabuhkan tirainya dan seperti yang sudah diduga kelibat Baru Bian langsung tidak kelihatan untuk menyertai malah menyambut kedatangan Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.  Ini sudah cukup membuktikan bahawa Baru Bian bersama dengan penyokong setianya sudah berpatah arang dek kerana Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh BB membatalkan konvensyen tersebut sebelum ini namun diteruskan oleh pimpinan pusat.  

Difahamkan lebih 1000 orang perwakilan daripada 31 cabang PKR seluruh Sarawak mendatangi Miri untuk mendengar amanat daripada Presiden PKR disamping merasmikan jentera PKR untuk menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada tahun 2021.

Pautan berita penuh:


Pokok persoalannya disini, nampak gayanya autonomi PKR Sarawak seperti yang dilaungkan dan difahami oleh BB dan kuartetnya iaitu “gentleman understanding” sudah menjadi tidak gentleman lagi.  Cukup jelas sekali autonomi yang difahami oleh mereka itu hanya menjadi sandiwara sahaja.  

Jawatan BB di dalam MPN sudah tentu “nyawa-nyawa ikan” sekarang dengan hanya menunggu masa untuk “dijatuhkan hukuman”.  Yang cukup nyata di dalam konvensyen ini sememangnya laungan pro-Anwar lebih besar dari laungan pro-kartel A. 

No comments:

Post a Comment