Sunday, 3 November 2019

BAS SEKOLAH PERCUMA UNTUK PELAJAR DI BANDAR KUCHING



MEMAHAMI beban yang ditanggung oleh ibubapa di dalam pengangkutan anak-anak ke sekolah, Kerajaan Sarawak berbesar hati mengumumkan bahawa BAS SEKOLAH PERCUMA diadakan pada tahun 2020 kepada pelajar-pelajar untuk ke sekolah dimulai di Bandaraya Kuching dan seterusnya AKAN DIPERLUASKAN ke seluruh bandar di Sarawak.  

Kaedahnya adalah berdasarkan “hop-on-hop-off” yang mana akan ada bas-bas sekolah melalui beberapa jalan untuk mengambil dan menghantar pelajar-pelajar pergi dan pulang sekolah. Selain membantu para ibubapa ianya juga diharap akan membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar di Sarawak.


#BELANJAWANSARAWAK2020

No comments:

Post a Comment