SERBUAN yang dilakukan oleh penguatkuasa Imigresen ke atas satu bangunan di Pending, Kuching semalam berjaya menangkap 52 warga China berusia dari 18 tahun hingga 35 tahun. Mereka dipercayai adalah “scammers” yang bergiat aktif dalam penipuan secara online berdasarkan kepada peralatan yang ditemui di lokasi seperti telefon dan komputer riba.
Ketika serbuan difahamkan hanya enam daripada mereka yang berjaya mengemukakan dokumen perjalanan diri manakala yang lain tiada. Menurut pihak Imigresen menyatakan bahawa bangunan itu telah disewa oleh mereka lebih kurang tujuh bulan yang lalu.
Setakat ini siasatan masih lagi dijalankan samada operasi “scammers” ini mempunyai perkaitan dengan operasi dua lagi premises “scammers” warga China yang diserbu oleh pihak Imigresen iaitu di Sabah dan Cyberjaya.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment