Wednesday 20 November 2019

IDENTITI PASANGAN VIDEO HUBUNGAN INTIM SONGSANG AKAN DIKETAHUI PENGHUJUNG TAHUN 2019


SALAH seorang “pelakon” di dalam video hubungan intim songsang yang menggemparkan kita beberapa bulan lepas sudahpun kita ketahui apabila Haziq Abdullah Abdul Aziz yakni AMK Cabang Santubong pada ketika itu mengaku beliaulah lelaki tersebut.  Sementara itu sehingga sekarang “pasangan” beliau di dalam video tersebut masih lagi menjadi persoalan biarpun Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa video itu tulen.  

Dan perkembangan terbaru dilaporkan bahawa PDRM sekarang sedang menanti laporan analisis siasatan yang dilakukan oleh pakar forensik di Amerika Syarikat.  Hal ini diwar-warkan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Datuk Huzir Mohamed di dalam satu sidang media beliau di Bukit Aman semalam.  Beliau turut menyatakan bahawa identiti lelaki iaitu pasangan Haziq itu akan dapat dikenalpasti sebelum penghujung tahun 2019 ini.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, semasa Haziq Abdullah membuat pengakuan yang menggemparkan beberapa bulan yang lepas bahawa pasangan beliau di dalam video itu adalah seorang Menteri Kanan peringkat Persekutuan dan sejak itu dilaporkan Menteri Kanan tersebut menafikan penglibatan beliau. Begitu banyak spekulasi mengenai video tersebut dan yang pasti rakyat Malaysia malah dunia turut teruja untuk mengetahui identiti sebenar pasangan Haziq itu.  

No comments:

Post a Comment