Friday 22 November 2019

JTS REKRUT 467 ANGGOTA BAHARU BAGI LAKSANA PROGRAM UKUR TANAH ADAT


FORUM Kanun Tanah Negeri (Pindaan 2018) baru sahaja melabuhkan tirainya yang mana dihadiri lebih dari 1,000 orang Ketua Kaum, Ketua Masyarakat, Badan bukan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin di Kuching, Sarawak.  Ini merupakan forum ketiga seumpamanya pernah diadakan selepas Sibu dan Miri.  

Ketika sesi penangguhan yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ada menyatakan bahawa melihat kepada bidang tugas yang bertambah lebih-lebih lagi di dalam memastikan kelancaran pengukuran tanah adat, Kerajaan Negeri Sarawak telahpun meluluskan untuk Jabatan Tanah dan Survei Sarawak merekrut 467 anggota yang baharu.  Selain itu ketika di DUNS yang lepas juga, peruntukan sebanyak RM40 juta telahpun diluluskan bagi memastikan pengukuran tanah dapat berjalan lancar dan membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri Sarawak dibawah GPS memastikan isu tanah adat dapat diselesaikan.  

Dalam ucapan beliau turut membidas mengenai tohmahan segelintir pihak yang cuba mengadu domba agar perlaksaan pengukuran tanah adat dengan mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak sedang cuba merampas tanah rakyat yang mana ianya adalah bidaah semata-mata.  Dibawah pengukuran tanah adat yang melibatkan seksyen 6 dan 18 adalah semata-mata untuk memastikan bahawa hak tanah adat bumiputera diiktiraf di dalam undang-undang sedia ada.

#GPS
#SarawakFirst   

No comments:

Post a Comment