Wednesday 20 November 2019

HABUAN WANG SOKONG “JATUHKAN” BARU BIAN


KEBIASAANNYA yang kita dengar parti-parti lawan yang akan dilabelkan dengan politik wang namun begitu untuk kali ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak PKR sendiri mendedahkan bahawa ada sesetengah ketua cabang PKR konon-kononnya telah ditawarkan dengan habuan duit untuk menyokong satu gerakan menjatuhkannya pada Konvensyen PKR kelak.  Dakwa Baru Bian lagi, gerakan ini telah mula mengumpul sokongan bagi memperkecil-kecilkan kemampuan beliau.  

Di dalam sidang media beliau turut memaklumkan bahawa ada 11 Ketua Cabang PKR yang tidak menyokong beliau iaitu Larry Sng (Julau), Sng Chee Hua (Sarikei), Sng Chee Eng (Kapit), Dr Micheal Teo (Miri), Dr Lau Liak Koi (Limbang), Joshua Jabeng (Selangau), Morshidi Mahtali (Igan), Ahmad Nazib (Santubong), Piee Ling (Batang Sadong), Abdul Jalil Bujang (Mukah) dan Mohdar Ismail (Sibuti).

Manakala 18 ketua cabang pula mahukan BB mempertahankan jawatannya iaitu Boniface Willie Tumek (Mas Gading), Cyril Langin (Serian), Willie Mongin (Puncak Borneo), Simon Siah (Bandar Kuching), See Chee How (Stampin), Baharuddin Datuk Mokhsen (Petra Jaya), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Yen Jebeni (Sri Aman), Nicholas Bawin Anggat (Lubak Antu), Vernon Kedit (Betong), Ali Biju (Saratok), George Chen (Kanowit), Abdul Raafidin Majidi (Sibu), Hung Soon Kieng (Lanang), Kelvin Kilo (Bintulu), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).

Pautan berita penuh:


Sementara itu, BB turut memperjelaskan bahawa Konvensyen PKR di Miri yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 23 November 2019 TETAP DIBATALKAN atas kehendak majoriti MPN dan bukannya dia seorang. Walaupun begitu lain pula halnya dengan kenyataan terbaru daripada Dr. Michael Teo yang tetap tegas menyatakan bahawa Konvensyen itu AKAN DITERUSKAN samada BB suka atau tidak.  

Pautan berita penuh:

https://www.theborneopost.com/2019/11/20/the-show-must-go-on-teo-confirms-sarawak-pkr-convention-will-proceed/?fbclid=IwAR0n2PcCwZksdAO61Gd7faF-Ti56J-fIpsN1QdH3Va4VWMd16bSnlweQbAQ

Umpama tali yang bersimpul mati kestabilan Parti Keadilan Sarawak sekarang yang mana menyaksikan ianya terbelah dua dengan ada yang pro-Azmin dan pro-Anwar.  Kalau sudah parti sendiri tidak aman dengan perebutan kuasa bagaimanalah untung nasib rakyat yang hendak diperjuangkan.  Hendak mengadakan konvensyen pun sudah huru-hara bagaimanalah hendak memerintah sebuah negeri seperti Sarawak. Akaiiiiiiiii…

Kita nantikan episod seterusnya sambil makan “popcorn”, minum cola.

No comments:

Post a Comment