Sunday 24 November 2019

BINA JAMBATAN DI SARAWAK TANPA TOL


UPACARA pecah tanah projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan di Lundu sudahpun dilestarikan tadi oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.  Satu upacara yang sederhana dan disertai oleh ramai rakyat jelata yang mengunjung Lundu untuk bersama memeriahkan suasana majlis tersebut.

Di dalam ucapannya, Ketua Menteri Sarawak ada menyatakan bahawa projek jambatan Batang Rambungan merupakan antara projek infrastruktur yang sudah diluluskan sewaktu kerajaan Barisan Nasional namun tatkala diambilalih oleh Pakatan Harapan ianya dibatalkan tanpa memberikan alasan yang kukuh.  Namun begitu bagi memastikan kesinambungan pembangunan di luar bandar lebih-lebih lagi bagi melengkapkan kemudahan jalan-jalan pesisir yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak yang dijangka siap menjelang tahun 2025 maka projek jambatan ini diteruskan juga walau dengan dana Kerajaan Sarawak sepenuhnya.  

Tambah beliau lagi selain daripada Jambatan Batang Rambongan, Kerajaan Sarawak akan tetap meneruskan projek infrastruktur seperti pembinaan Jambatan Batang Lupar, Batang Lassa, Batang Paloh, Batang Krian, Batang Saribas dan Batang Kemena.  Dan beliau turut mengumumkan bahawa kehendak dan aspirasi mantan “apai besai” yang sudah meninggalkan kita semua iaitu Allahyarham Tok Nan yang tidak mahu ada tol untuk kesemua jambatan di Sarawak akan diteruskan dibawah pemerintahan KM Abang Johari.  Ini adalah janji beliau kepada seluruh rakyat Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, pembinaan Jambatan Batang Rambungan adalah bercirikan jambatan “cable stayed” dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM98.5 juta.  Panjang keseluruhan jambatan itu adalah 560 meter dan dibina sebagai dua “lane single carriaway” (JKR R5).  Tempoh pembinaannya adalah selama 36 bulan.  

#GPS
#SARAWAKFIRST

No comments:

Post a Comment