Sunday, 24 November 2019

ENDA BULA ENDA MENANG


KEM Parti Keadilan Sarawak berpecah dua hanya satu spekulasi dakwa Naib Presiden PKR yang juga ADUN Batu Lintang iaitu YB See Chee How.  Menurut beliau keadaan parti mereka adalah baik-baik sahaja dan tidak pernah ada puak pro-Anwar ataupun pro-Azmin di kalangan pengikut mereka.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Itu kenyataan daripada YB See dan apa yang berlaku semalam adalah kerana ketidaksefahaman antara PKR Pusat dan juga Majlis Pimpinan Negeri Sarawak yang mana PKR Negeri mengatakan konvensyen dibatalkan manakala PKR Pusat pula meneruskannya.  Dan ini sememangnya cukup jelas melanggar “gentleman agreement” yakni autonomi yang diberikan kepada PKR Sarawak untuk berkuasa kepada sebarang bentuk urusan parti tersebut di dalam Negeri Sarawak.  

Pautan seperti berikut:


Natijah daripada tidak menghormati keputusan MPN itu menyebabkan Konvensyen PKR Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden mereka iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim diboikot oleh ahli-ahli pimpinan MPN Sarawak.  Malahan dikatakan ada sesetengah ketua cabang turut tidak kelihatan kerana “sekapal” dengan keputusan MPN Sarawak.  

Kelibat-kelibat pemimpin PKR Sarawak seperti Larry Sgn, Dr. Teo serta beberapa nama besar PKR Sarawak yang sememangnya selama ke hari ini kita ketahui pendokong kuat DSAI memenuhi setiap ruang di Hotel Pullman, Miri.  Malah ada antara mereka berani memuatnaik di dalam laman mukabuku mereka dengan bergembira atas kejayaan pro-Anwar mendominasi konvensyen PKR semalam.  

Entah apa lagi yang hendak disembunyikan oleh pemimpin MPN Sarawak sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawasanya Parti Keadilan Sarawak itu umpama retak menanti belah seperti yang diperkatakan oleh penganalisa politik Sarawak iaitu Datuk Peter Minos.

Pautan adalah seperti berikut:


Rakyat tidaklah bodoh seperti yang disangka kerana rakyat tahu menilai setiap senario yang berlaku sekarang di dalam rumahtangga Parti Keadilan Sarawak.  Jika urusan parti pun kelam kabut bagaimanalah suatu hari nanti konon-konon hendak memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Sarawak.  Yang “si bakal CM” disebut-sebut itu sudah tentu perlu berfikir panjang sekarang.  Halatuju politik harus segera diselamatkan jika ingin kekal.  

Dalam pada itu di peringkat PKR pusat pun tidak kurang dengan cerita perpecahan.  Ada sebilangan pemimpin pusat turut mempunyai pasukan impian.  Selama ke hari ini ianya sudah disahkan.  Jadi apakah pula yang cuba hendak disembunyikan lagi. Bibit-bibit perpecahan PKR Sarawak sudah mengikut jejak langkah PKR Pusat hanya kerana membela dua orang Malaya. Anang ngelaban bos wai.

Enda bula enda menang. 

No comments:

Post a Comment