Wednesday 20 November 2019

KERETA TERBANG TAK JADI "TERBANGLAH"


ANTI klimaks! Begitulah yang mampu ditafsirkan tatkala berbicara keterujaan rakyat Malaysia untuk melihat sendiri bahawasanya Malaysia sudahpun mempunyai “kereta terbang” sendiri.  Sudahlah beberapa hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan iaitu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf dibahan cukup-cukup oleh warga netizen Malaysia apabila gah berkata beliau sendiri akan melakukan pandu uji tersebut esok.  

Menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pandu uji “kereta terbang” pertama Malaysia itu TIDAK BOLEH DILAKUKAN kerana ianya terlalu hampir zon lalulintas pesawat dan helikopter komersial iaitu di Hangar UNIKL MIAT, Subang.  Sudahlah dibatalkan lagi menambah derita apabila CAAM turut menyatakan bahawa satu ujian “haram” yang dilakukan pada tanggal 15 November 2019 yang lepas akan disiasat sepenuhnya kerana tidak mendapat kelulusan CAAM.  

Pautan berita penuh:

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/519075/kereta-terbang-tak-jadi-terbang-esok?fbclid=IwAR1E-jW76o0-tMGJe8IZoPCDXqv-BeRzciQV8o5SQpfXBVnf0FIu-owWn4E

Entah apa lagi yang berlaku selepas ini tatkala berbicara mengenai “kereta terbang” idaman menteri PH nan seorang yang sentiasa tampil dengan “hiburan” dek kerana terlalu fokus dengan cita-citanya itu.  Lebih baik beliau melakukan apa yang sewajarnya beliau buat yakni tanggungjawab menjaga pembangunan keusahawan di Malaysia.  

Cukup mahal imbuhan bulanan gaji Pak Menteri untuk menjadi Pak Lawak Malaysia Baru ye. 🤪

No comments:

Post a Comment