Sunday, 17 November 2019

KAMI RASA APA YANG RAKYAT TANJUNG PIAI RASA


RAKYAT Tanjung Piai sudahpun memilih dan yang mereka pilih adalah Barisan Nasional berbanding dengan Pakatan Harapan yang telah menjanjikan bulan dan bintang pada hujung minggu lepas. Dan sekaligus ianya menjadi penanda aras bahawa rakyat di Tanjung Piai sudah tidak mahu dikencing lagi oleh janji-janji umpama menanam tebu di tepi bibir pihak Pakatan Harapan yang selama ke hari ini masih terkial-kial dengan janji manifesto bukan kitab suci mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.  

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang menyatakan apa yang dirasai oleh rakyat di Tanjung Piai juga turut dirasakan oleh rakyat Sarawak itu sendiri.  Ini kerana sehingga ke hari ini PH Sarawak yang telah berjanji untuk memberikan 20% royalti minyak dan 50% cukai dikembalikan kepada Sarawak masih lagi hanya satu mimpi yang enak didengar tetapi langsung tidak akan menjadi kenyataan.  

Selain daripada itu, beliau turut mempersoalkan keikhlasan PH Sarawak di dalam memastikan hak-hak Sarawak itu yang dituntut benar-benar dikembalikan kerana sehingga ke hari ini wakil-wakil PH Sarawak yang ada di dalam barisan kabinet Persekutuan masih lagi hanya pencukup korum sahaja.  Isu 5% cukai produk petroleum misalnya yang menjana RM3 bilion ke RM4 bilion yang masih Petronas enggan bayar masih lagi menjadi isu yang terbuka.  Dimanakah pula tanggungjawab wakil-wakil PH Sarawak di Persekutuan yang masih leka dan hanya “angguk-angguk, geleng-geleng” kepada bos mereka di Malaya tanpa pernah mengusulkan sesuatu di peringkat Persekutuan.  

Cukupkah hanya memberikan sokongan di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak agar Sarawak membawa Petronas ke mahkamah.  Selain itu bilamana belanjawan 2020, Sarawak hanya mendapat sekitar 17% daripada jumlah peruntukan yang konon-konon akan diberikan 30% sekiranya Pakatan Harapan di Putrajaya turut hanya didiamkan oleh wakil PH Sarawak malah lebih mengecewakan mereka mengatakan bahawa itu adalah belanjawan terbaik untuk Sarawak.  

Hakikatnya apa yang dilestarikan oleh rakyat Tanjung Piai membuktikan bahawa Pakatan Harapan yang menabur 1001 janji SUDAHPUN GAGAL di mata rakyat dan begitulah juga bagi kami di Sarawak.  Sebagai penjana ekonomi negara Malaysia, Sarawak yang begitu luas “dianaktirikan” oleh Persekutuan dari segi peruntukan telahan lagi projek infrastruktur yang telah dibatalkan tanpa alasan yang kukuh.

Dek kerana bertanggungjawab atas janji-janji pada rakyat Sarawak maka Kerajaan Sarawak dibawah GPS walau menerima bajet seciput tetap meneruskan projek-projek infrastruktur dengan biaya sendiri kerana ianya dilakukan untuk kesenangan rakyat Sarawak.  


Pautan berita penuh:




Begitulah hendaknya mengajar satu gabungan parti yang sudah hampir dua tahun memerintah masih lagi bermain taichi menyandarkan kegagalan mereka kepada kerajaan yang lepas sedangkan gah selama menjadi pembangkang mereka adalah yang terbaik untuk menguruskan negara.  Bila sudah diberi kuasa tiada yang baik mereka lakukan malah lebih menyeksa penghidupan rakyat.  Ubah untuk lebih baik atau menjunam ke “neraka”.  

Ramai rakyat Sarawak rasa apa yang rakyat di Tanjung Piai rasa.  PH sememangnya sudah gagal dengan janji-janji mereka yang kebanyakannya hanya bau hancing sahaja.  Di Malaya, rakyat sudah muak dengan janji mereka dan adakah rakyat Sarawak masih lagi buta untuk membenarkan PH memerintah Sarawak pula?

#IAMSARAWAKIAN
#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment