Sunday 10 November 2019

REFERENDUM UNTUK RAKYAT SARAWAK PILIH KEKAL ATAU KELUAR MALAYSIA


MESYUARAT Tahunan Sarawak United People’s Party (SUPP) semalam sebulat suara meluluskan 20 resolusi yang mana salah satunya adalah resolusi untuk menggerakkan REFERENDUM bagi membenarkan rakyat Sarawak untuk memilih samada untuk terus BERSAMA atau KELUAR dari Malaysia.  Hal ini diwar-warkan oleh ADUN Batu Kitang iaitu YB Lo Khere Cheng kepada wartawan di Kuching, Semalam.

SUPP semalam turut menghebahkan bahawa parti mereka akan bertanding di 20 kawasan DUN iaitu Padungan, Batu Lintang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Batu Kitang, Opar, Mambong, Simanggang, Engkilili, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Tanjung Batu, Piasau, Pujut dan Senadin.  

Pautan berita penuh seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2019/11/11/supp-calls-for-referendum-on-sarawaks-position-in-malaysia/?platform=hootsuite

Buat masa sekarang daripada parti-parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak hanya SUPP sahaja yang berbicara mengenai Referendum.  Referendum adalah satu proses yang mana rakyat Sarawak akan keluar mengundi bagi menentukan samada mereka memilih untuk terus kekal di dalam Malaysia atau menjadi sebuah negara yang baharu.  Ianya sama seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Scotland dan Catolonia, Sepanyol.  

Namun begitu untuk merealisasikan satu referendum itu akan diiktiraf atau tidak, satu ordinan yang berbicara soal referendum harus dikuatkuasakan di Sarawak dan begitu juga akta di peringkat Persekutuan.   

No comments:

Post a Comment