BENGKENG Petronas yang masih enggan membayar 5% cukai jualan produk Petroleum di Sarawak terus dikecam oleh rakyat dan ahli politik di Sarawak. Ketegasan Kerajaan Sarawak itu dilestarikan dengan memfailkan saman ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi di Kuching, semalam.
Dalam pada itu turut tular di media sosial sekarang tentang satu dokumen yang mana merupakan kenyataan media pihak Petronas mengenai kesungguhan mereka untuk membuat pelaburan di Negara India. Dokumen berbentuk PDF yang bertarikh 21 November 2019 ini menyatakan dengan mengkhusus bahawa Presiden dan CEO Petronas iaitu Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Arifin akan membuat perasmian PCM (Chemical) India Private Limited, Petronas (Energy) India Private Limited dan PETRONAS Lubricants (India) Private Limited di New Delhi, India.
Tersebarnya dokumen itu menunjukkan bahawa Petronas BUKANLAH tiada peruntukan untuk membayar “hutang” kepada Sarawak tempat dimana mereka menjana keuntungan selama ke hari ini sebaliknya sengaja dilakukan kerana cukup berasa di zon selesa sejak dari tahun 1974 lagi. Jika tidak kerana hasil bumi Sarawak yang digodek mana mungkin mereka boleh memperkembangkan aktiviti mereka sehingga ke luar negara.
Itu cerita Petronas yang gah melabur di luar negara dan belum lagi tindakan mereka yang boleh sahaja mematuhi peraturan dan undang-undang di negara lain seperti Brazil misalnya. Inilah yang dibidas oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menurut beliau, jika syarikat-syarikat antarabangsa yang lain seperti SHELL, Murphy dan PT Pertaminia yang begitu cepat membayar cukai 5% kepada Sarawak mengapa Petronas yang konon-konon sebuah organisasi antarabangsa LIGAT MEMBAYAR kepada Sarawak. BIKIN MALU sahaja!
Pautan berita penuh:
Apa yang ditempelak oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu ada benarnya kerana sudah terang lagi bersuluh Petronas sengaja melengah-lengahkan apa yang harus mereka lakukan dek kerana mereka berselindung sebagai satu perbadanan Kerajaan. Bukannya tidak mampu pun TETAPI SENGAJA kerana hendak menunjukkan bahawa mereka RAJA MINYAK di Malaysia.
Nyiur gading puncak mahligai
Masak ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum Sarawak berhenti!!!!!
PETRONAS…boooooooooooooo
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
No comments:
Post a Comment