JABATAN Penerangan Malaysia Cawangan Sarawak semalam menganjurkan Malam Kenangan Terindah 2019 di Kuching yang mana ia diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai kakitangan yang cemerlang dan pertandingan anjuran JAPENS serta turut memberikan penganugerahan khas kepada beberapa individu atau kumpulan yang telah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di Sarawak.
Dan untuk penghargaan “Good Samaritan” JAPENS 2019 yang mana ianya dipilih berdasarkan kepada untuk memberikan contoh yang baik dan positif di kalangan masyarakat melalui media sosial telah diberikan kepada seorang individu yang sememangnya terkenal dengan kerja-kerja sosialnya iaitu Francis Ngu dari “Extrameal” Bintulu dan Geng Pusak Jalanan.
Francis Ngu yang bergiat aktif di dalam kerja-kerja kemasyarakatan seringkali kita lihat di media sosial dengan “extrameal Bintulu” yang mana menyaksikan beliau sendiri turun padang membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal serta warga emas yang sedang sakit dan tidak berkemampuan. Manakala Geng Pusak Jalanan yang dianggotai oleh ramai pencinta kucing pula merupakan satu kumpulan yang bergerak secara aktif membantu kucing-kucing jalanan yang terbiar serta cedera atau memerlukan rawatan di klinik veterinar.
Anugerah “Good Samaritan” 2019 ini sememangnya layak untuk kedua-duanya kerana ia dilakukan bukan untuk mendapat nama sebaliknya dari keikhlasan hati diri sendiri dan sikap penyayang antara manusia dan makhluk Tuhan.
Sebagai satu laman mukabuku yang bergabung di dalam Sarawak Indie Pages yang mana Francis Ngu adalah antara ahlinya ingin mengucapkan salam tahniah kepada beliau. You deserve it bro!
Dan tidak terkecuali, tahniah dan syabas untuk para sukarelawan pencinta Kucing di Geng Pusak Jalanan. Keep calm and love cats!
No comments:
Post a Comment