Friday 22 November 2019

SARAWAK COAST GUARD; 12 ANGGOTA SATU KAPAL DALAM SETIAP RONDAAN



TATKALA Kerajaan Sarawak mengumumkan yang Kerajaan Sarawak akan  menubuhkan pasukan Sarawak Coast Guard dan kesiapsiagaan kelengkapan unit keselamatan laut Sarawak itu, ramai yang sinis samada ianya benar-benar atau cakap-cakap sahaja.  Realitinya bukanlah mudah namun begitu komitmen Kerajaan Sarawak bagi memastikan bahawa bahagian keselamatan lautnya dijaga oleh rakyat Sarawak sendiri adalah satu langkah yang patut kita hargai.   

Menurut Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, pembinaan kapal-kapal untuk tugasan Sarawak Coast Guard sedang dinilai sekarang dan beliau tidak menolak ianya akan hampir serupa dengan kapal yang digunakan oleh Polis Marin Jabatan Laut.   Oleh kerana ianya adalah unit Sarawak maka beliau lebih memilih untuk pembuatannya dibuat oleh industri pembinaan kapal yang ada di Sarawak sendiri iaitu di Sibu.  

Selain itu, beliau turut menambah bahawa menurut perancangan awal, unit Sarawak Coast Guard akan mula membuat rondaan dengan kekuatan 12 anggota di dalam satu masa dan berbicara dari aspek bentuk latihan pula, anggota Sarawak Coast Guard akan dilatih oleh seorang pesara “admiral” yang sememangnya sudah mengetahui latihan-latihan yang diperlukan.  Mengenai kelengkapan persenjataan pula, itu akan dipilih oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Sarawak (Sarawak Security Council Director).

Ketua Menteri memberikan penerangan ringkas mengenai Sarawak Coast Guard ketika ditanya oleh wartawan sewaktu merasmikan Sarawak Agrofest 2019 di Kuching petang semalam.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 Sarawak yang lepas, RM90 juta telah diperuntukkan untuk Sarawak Coast Guard.  Dan selepas pengumuman itu juga Ketua Menteri Sarawak turut menyatakan bahawa Sarawak Coast Guard akan menggunapakai model seperti apa yang dilaksanakan oleh Negara Australia.  

No comments:

Post a Comment