KETERUJAAN rakyat Malaysia minggu ini adalah mengenai sesi pandu uji satu kereta terbang buatan Malaysia buat pertama kalinya iaitu dikatakan akan diadakan pada hari Khamis ini, 21 November 2019. Dalam ramai warga netizen yang mahukan sesi itu disaksikan secara langsung namun kita terpaksa menelan air liur apabila menurut Menteri Pembangunan Usahawan ianya diadakan secara TERTUTUP dan hanya wakil rakyat Kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang yang dijemput.
Pautan seperti berikut:
Jika kita melihat kepada laporan terdahulu, kereta terbang pertama Malaysia ini dinamakan “Vector” yang mana ianya dikatakan adalah satu dron yang berkuasakan empat motor dengan menggunakan bateri litium-ion. Turut diwar-warkan juga ia mampu menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram dalam satu jangkamasa penerbangan.
Dalam pada itu jika kita melihat kepada perkembangan terkini pula menyatakan bahawa “Super drone” yang bakal diuji itu merupakan usahasama antara syarikat tempatan EastCap Berhad dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.
Berbicara mengenai EHag Intelligent Equipment pula sebenarnya sudahpun melancarkan “super drone” mereka dua tahun lalu dan buktinya adalah seperti paparan youtube dan website seperti berikut:
http://www.ehang.com/uam/
https://www.youtube.com/watch?v=5G4Qduvn5og&fbclid=IwAR1SxjzwiZeF7rmqHL2NrDlR3itQRuKWFB6GKj49SPKwmDgKd9vhDMBRQmA
Dan jika kita melihat kepada saluran youtube itu sememangnya sudah nampak rupabentuk “super drone” tersebut yang sama seperti apa yang tular rekabentuknya di media sosial sekarang iaitu yang mana hampir serupa dengan KERETA TERBANG PERTAMA BUATAN MALAYSIA yang hendak dipandu uji pada hari Khamis ini. Bezanya dengan Super Drone EHang ada empat kipas sementara Malaysia ada lapan kipas.
Jadi sama-samalah kita tunggu dalam dua hari ini samada ianya sama atau tidak.
Kalau ianya TIDAK SAMA maka kita harus berasa bangga tetapi andaikata ianya SAMA maka terkenalah kita dengan sandiwara terbaru DIKENCING LAGI.
No comments:
Post a Comment