Thursday 2 January 2020

APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO


ISU JAWI - APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO -KM ABG JO

ISU pembelajaran Jawi yang diperkenalkan untuk pembelajaran murid-murid sekolah Tahun 4 terus menjadi isu yang viral di Malaysia.  Masyarakat Cina melalui NGO mereka seperti Dong Zhong acapkali mengeluarkan beberapa kenyataan yang menolak ianya dijadikan satu subjek di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).  

Bagi Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pula berpendapat Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak seharusnya tidak terpengaruh dengan isu remeh-temeh seperti ini. Biarlah apa yang berlaku di Malaya dan jangan membawanya ke Sarawak kerana beliau berpendapat isu pembelajaran Jawi itu adalah hak setiap ibubapa untuk membenarkan anak-anak mereka belajar ataupun tidak.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan terus memfokuskan isu kos sarahidup rakyat Sarawak yang menjadi agenda utama.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sabah sudahpun mengeluarkan arahan untuk hanya menjadikan pembelajaran Jawi sebagai PILIHAN di sekolah-sekolah di Sabah dan bukannya subjek dibawah Bahasa Melayu.  Sabah mahupun Sarawak mempunyai autonomi di dalam menentukan pembelajaran di peringkat sekolah-sekolah di kedua-dua negeri ini seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.   

No comments:

Post a Comment