Wednesday 1 January 2020

KAKI CURI KREDIT


SATU perkara yang buat saya benci ahli politik adalah sikap keji mereka mencuri kredit hasil kejayaan orang lain. Tidak kira siapa ahli politik itu dan tidak kira parti mereka, memang amat keji sikap mereka mencuri kredit usaha orang lain.

Baru beberapa hari lalu, kita mendapat berita rasmi bahawa Tan Sri Affendi Buang, anak jati Sarawak yang memegang jawatan Panglima Tentera Udara semenjak 2016 telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Beliau yang pernah terlibat dalam Projek MiG29N dan Projek SU30MKM telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera kerana beliau merupakan Panglima 4-bintang yang paling senior dalam perkhidmatan.

Perlantikan individu yang berkelayakan sebagai Panglima Angkatan Tentera memerlukan individu tersebut dicalonkan oleh Majlis Angkatan Tentera dan diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong. Majlis Angkatan Tentera itu pula turut dianggotai perwakilan dari Majlis Raja-Raja dan ini cukup menghalang Majlis tersebut dikawal oleh elemen politik.

Malahan, percubaan untuk mengambil kredit ini amat memalukan kerana nama Tan Sri Affendi Buang sudahpun diwar-warkan semenjak beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada tahun 2016.

Kalau hanya tahu curi kredit sahaja, maka tidak hairanlah sekiranya ada ahli politik itu kejayaan terhebatnya sekadar merasmikan lampu isyarat jalan sahaja.

Kredit: Danny Liew

Klaim jangan tak klaim YB PH. Itu sajalah yang mereka tahu. Buat malu sahaja. Boooooooooooooooo

No comments:

Post a Comment