Monday 6 January 2020

GPS AKAN TAMPILKAN MUKA BARU PRN-12


MENJENGAH tahun 2020 maka kebanyakan parti politik di Sarawak sudah mula mengetengahkan cerita mengenai calo-calon yang akan bertanding menjelang PRN ke-12, Sarawak.  STAR, Parti Bumi Kenyalang dan Parti Sarawak Bersatu sudah menyatakan bahawa parti mereka akan meletakkan calon di kesemua kerusi DUN. Bagi Gabungan Parti Sarawak pula yang mana PRN ke-12 ini merupakan kali pertama mereka bertanding dengan menggunakan logo sendiri sudah tentu tidak mahu “kalah di tebing”.  

DEMI melahirkan pemimpin pelapis bagi agar berupaya mentadbir negeri Sarawak dengan lebih baik, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari tidak menolak akan ada calon muka baru yang akan ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak menjelang PRN Ke-12 Sarawak kelak.  Menurut beliau ini adalah hal yang biasa berlaku apabila menjelang pilihanraya dan ahli-ahli yang berhormat GPS sekarang perlulah menerimanya dengan hati yang terbuka.  

Tambah beliau lagi, setiap prestasi Menteri dan ADUN GPS sentiasa dipantau dan setakat ini beliau amat berpuashati biarpun ada sesetengah ADUN perlu berkhidmat untuk rakyat dengan lebih kuat lagi.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment