TULAR di media sosial akan Kerajaan Persekutuan akan menggunakan kenderaan jenis Vellfire untuk menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi para menteri dan timbalannya. Hal ini ditularkan setelah dikatakan kerajaan persekutuan membelanjakan hampir RM300 juta untuk kenderaan tersebut yang mana pembekalnya difahamkan antara syarikat kroni.
Hari ini, Menteri Kewangan Malaysia iaitu YB Lim Guan Eng menghebahkan bahawa Kerajaan telah sebulat suara bersetuju untuk terus menggunakan kenderaan Proton Perdana seperti apa yang telah digunapakai sebelumnya. Menurut beliau letak duduknya hal ini ditimbulkan dek kerana pembekal pada masa itu memberikan alasan mereka tidak boleh mengadakan sejumlah kenderaan proton perdana dan menyarankan untuk Kerajaan menggunakan kenderaan Vellfire pula. Namun begitu setelah beberapa waktu difahamkan pembekal TELAH MAMPU untuk menyediakan kenderaan jenis Proton Perdana seperti yang dimahukan.
Pautan berita penuh:
Begitulah yang sering terjadi tatkala rakyat bersatu hati membangkang sesuatu tindakan yang cuba diambil oleh Kerajaan yang mana menyaksikan akhirnya Kerajaan mengambil sifat untuk kembali ke pangkal jalan iaitu jalan selamat bagi meredakan “kemarahan” rakyat kerana apa yang mereka cuba lakukan itu menunjukkan sikap boros mereka setelah memberi alasan bahawa negara akan bankrap.
Pemerintah di Putrajaya harusnya tahu bahawa setiap langkah mereka diperhatikan oleh rakyat dengan penuh teliti. Buatlah pusingan walau 360 darjah sekalipun, rakyat tidak akan pernah lupa dengan setiap apa yang dijanji mahupun diperkatakan. Jangan cakap tidak serupa bikin.
Tahniah untuk setiap suara rakyat yang bising menentang kebatilan yang ada sekarang. Keputusan Kerajaan untuk kembali menggunakan kereta proton perdana iaitu jenama Malaysia sebagai kenderaan rasmi kerajaan adalah kemenangan untuk anda semua.
No comments:
Post a Comment