Wednesday 29 January 2020

“ASALKAN PULANG WALAU TINGGAL DI HOSPITAL” -IVAN YEO


TATKALA Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan ianya memberikan sedikit kelegaan buat kita semua apatahlagi kaum keluarga yang terlibat kerana siapalah yang tidak bimbang akan situasi yang berlaku di Wuhan sekarang.  Dari sebuah bandar yang sentiasa sibuk dengan aktiviti manusia akhirnya boleh diibaratkan seperti pekan zombie yang hanya pernah kita saksikan di dalam filem.  

Dalam pada itu kita amat bersyukur kerana 78 rakyat Malaysia di Wuhan masih dalam keadaan yang sihat jauh daripada apa yang dihadapi oleh ramai warga tempatan Wuhan itu sendiri.  Kebajikan mereka sentiasa dijaga oleh pihak kedutaan Malaysia disana yang sentiasa berhubung akan status anak Malaysia di Wuhan yang kebanyakannya adalah mereka yang masih belajar di universiti atau kolej mahupun golongan professional yang membawa sekali keluarga mereka tinggal di Wuhan.  

Hasil daripada inisiatif pihak Astro Awani telah mampu menjejak seorang anak kelahiran Bintulu, Sarawak iaitu Ivan Yeo Zhi Yi, bekas penuntut SM Guang Ming yang sekarang menuntut di Universiti Geosience China di Wuhan.  Kita sendiri boleh bayangkan kepayahan 78 orang saudara senegara kita disana dan begitulah juga Ivan yang dikatakan walau ada perintah larangan terpaksa meredah kawasan berbahaya semata-mata untuk membeli stok mi segera kerana bekalan makanan sudah habis.  

Rakaman perbualan Ivan Yeo dan Astro Awani ada di dalam pautan ini:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sanggup-dikuarantin-asalkan-di-tanah-air-sendiri-ini-rayuan-anak-malaysia-di-wuhan-229336

Di akhir video ada sesuatu yang menyentuh hati apabila Ivan berkata beliau sanggup tinggal dan dikuarantin di hospital seberapa yang dimahukan asalkan pulang ke tanahair begitu memberi makna yang mendalam umpama kata bidalan lama hujan emas di negari orang, hujan batu di negari sendiri lebih baik negeri sendiri.  

Bersama-samalah kita mendoakan agar dipermudahkan segala hal mengenai kepulangan mereka ke tanahair.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Buatlah apa sahaja yang Kerajaan Malaysia perlu lakukan asalkan mereka dapat dibawa pulang.  

LEAVE NO MALAYSIAN BEHIND! 

Nota: Gambar Bandar Wuhan yang dikirimkan oleh Ivan Yeo kepada Astro Awani

No comments:

Post a Comment