Tuesday, 14 January 2020

KAD EMAS KENYALANG DILANCARKAN


KAD emas Kenyalang (Kenyalang Gold Card) yang ditawarkan buat rakyatSarawak yang berusia 60 tahun ke atas sudah boleh dipohon sekarang.  Borang permohonan bolehlah didapati di semua pejabat daerah dan residen serta pejabat JKM di seluruh Sarawak mulai hari ini.  Menurut Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Hajjah Fatimah Abdullah, pihak JKM memerlukan masa selama sebulan untuk proses permohonan kad emas tersebut.  

Antara keistimewaan memiliki kad emas kenyalang adalah tawaran diskaun istimewa pada outlet-outlet terpilih, perkhidmatan dan sebagainya.  

Pautan berita penuh:


Satu lagi langkah bijak Kerajaan Sarawak kerana ini sememangnya baik untuk warga emas Sarawak yang mana menjelang 2030 akan mempunyai lebih kurang 520,000 warganya yang berusia lebih 60 tahun.  Jadi rebutlah peluang ini untuk faedah warga emas kita.   

No comments:

Post a Comment