Monday 13 January 2020

ADUN DENGKIL NAFI TETAPI PPBM SELANGOR SAHKAN ADUN DITAHAN


ENTAH apakah ceritera lagi mengenai adun-adun dari Pakatan Harapan tatkala selepas diwarnai dengan pelbagai langkah sumbang semenjak memerintah dan sejak semalam tular pula mengenai ADUN Dengkil dari PPBM yang dikatakan telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat di dalam judi haram, maksiat dan penyalahgunaan dadah.  

Dalam pada itu hari ini juga menyaksikan ADUN Dengkil yang dimaksudkan iaitu YB Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditangkap dan yang tular itu adalah fitnah sama sekali menurut beliau.  

Pautan adalah seperti berikut:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adun-dengkil-adhif-syan-nafi-ditahan-polis-positif-dadah-227883

Itu cerita dari si empunya badan namun begitu ianya berlainan sama sekali seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi PBBM Selangor iaitu Datuk Abdul Rashid Asari.  Beliau mengesahkan bahawa ada seorang ADUN dari PPBM telah ditangkap dan hal ini diberitahu kepada beliau oleh Kementerian Dalam Negeri.  Malah lebih menarik lagi menurut Datuk Abdul Rashid, hal penahanan ini sudahpun dibincangkan dengan Presiden PPBM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.  

Pautan berita penuh:


Jadi sama-samalah kita menunggu maklumbalas yang seterusnya kerana hal ini jangan dipandang enteng kerana menurut yang tular di media sosial ada menyatakan bahawa yang terlibat bukan hanya seorang ADUN bahkan pembantu khas menteri turut ada bersama.  Dan kita juga amat mengharapkan agar undang-undang bertamadun akan terus dikekalkan dan usah sesekali “pilih bulu” hanya kerana mereka daripada parti yang memerintah Malaysia sekarang.   

No comments:

Post a Comment