Sunday, 19 January 2020

JUMPA MAYAT BAYI DALAM PARIT DI BANDAR BARU SAMARIANG


KEKADANG kita tidak tahu apakah punca sehingga ada manusia yang diberikan akal dan fikiran sanggup melakukan hal yang tidak berperikemanusiaan seperti ini.     Gempar hari ini apabila orang awam menemui mayat bayi di dalam parit di Bandar Baru Samariang, Petra Jaya, Kuching kira-kira jam 6 petang tadi.  Sehubungan dengan itu pihak berkuasa telah dihubungi bagi melakukan siasatan.  Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.  

Sementara itu menurut sumber dinyatakan bahawa seorang wanita berusia 19 tahun telah ditangkap oleh pihak polis bagi membantu siasatan.  Difahamkan wanita tersebut telah cuba untuk mendapat rawatan ke HUS setelah didapati beliau mengalami pendarahan namun menafikan bahawa beliau melahirkan anak.  

Pautan berita penuh:


Entah apa yang terjadi di dalam masyarakat kita sekarang di Sarawak yang cukup jelas semakin runtuh akhlaknya.  Dalam pada itu turut bersimpati kepada nasib malang yang berjantina wanita yang sering menjadi “punching bag” untuk hal seperti ini berlaku.  Sepatutnya yang berjantina lelaki juga harus bertanggungjawab dan jangan hanya lepas tangan.  

No comments:

Post a Comment