Sunday 19 January 2020

KAWASAN PEMBANGUNAN SRI AMAN (SADA) DIBENTUK


BAGI merancakkan lagi pembangunan Bahagian Sri Aman, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membentuk Kawasan Pembangunan Sri Aman (SADA) iaitu satu jawatankuasa yang akan menyelaras kesemua aktiviti pembangunan baik dari segi infrastruktur, bekalan air dan sebagainya untuk Sri Aman.  Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar iaitu Dato Sri Hajjah Rohani Karim itu bersama-sama wakil-wakil rakyat akan bergandingbahu dengan semua agensi yang kerajaan yang terlibat bagi memastikan setiap perancangan akan lebih teratur dan teliti.

Hal ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Sri Aman malam tadi.  Di majlis itu beliau turut menyampaikan surat milikan tanah adat yang telah disukat mengikut seksyen 6 dan 18 di Sri Aman.

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment