PERUNTUKAN konstitusi yang diberikan kepada ADUN dan juga Ahli Parlimen di Malaysia adalah wang hasil daripada cukai yang dikenakan dan ianya diberikan untuk keperluan rakyat seperti menaiktaraf infrastruktur dan sebagainya. Namun begitu baru-baru ini DAP ada memberikan “angpau” kepada 700 orang guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina.
Presiden PDP iaitu Datuk Seri Tiong Kin Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu mempersoalkan kewajaran DAP berbuat sedemikian kerana peruntukan konstitusi adalah dari wang pembayar cukai dan mengapa DAP boleh menggunakannya untuk kelompok tertentu sahaja.
Pautan berita penuh:
Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali andai benar seperti apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu. Peruntukan konstitusi adalah hak rakyat di sesuatu konstitusi itu sendiri dan bukan sekali untuk DAP “membeli” undi masyarakat Cina yang lain. Kita sebagai rakyat sudah tentu boleh menerima sekiranya pemberian angpau ini disalurkan buat mereka yang tidak berkemampuan merayakan Tahun Baru Cina tetapi tidak kepada guru mahupun kakitangan sekolah persendirian Cina dengan menggunakan dana awam.
No comments:
Post a Comment