PENGECAMAN wajah “pelakon” untuk kes video semburit yang menggemparkan dunia tahun lepas seperti yang dijanjikan hanyalah janji kosong semata-mata walaupun difahamkan ianya konon-kononnya telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk tindakan lanjut. Namun sayangnya setelah habis tahun 2019 tiada khabar berita langsung mengenai hal tersebut.
Hari ini, Peguam Negara iaitu Tan Sri Tommy Thomas mengumumkan bahawa tiada pendakwaan mahkamah untuk kes video hubungan sejenis yang mana dikatakan berlaku di Sandakan. Menurut kenyataan Peguam Negara dek kerana video adalah beresolusi rendah maka pengecaman untuk “pelakon” yang seorang lagi tidak dapat disahihkan.
Pautan berita penuh:
Begitulah ceritanya kes video hubungan sejenis yang didakwa melibatkan seorang menteri kanan Persekutuan biarpun pasangan yang seorang lagi telah mengaku itu dirinya. Video itu adalah tulen seperti yang disahkan sebelumnya.
No comments:
Post a Comment