Sunday 8 December 2019

ANAK SARAWAK MARKAH TERTINGGI MATEMATIK DUNIA


SEBUT sahaja subjek Matematik, berapa ramai antara kita yang mempunyai pengalaman “ngeri” tatkala menduduki peperiksaan yang berkaitan dengannya.  Telahan lagi apabila ianya melibatkan satu peperiksaan yang bertaraf dunia bagi kemasukan ke universiti yang terbaik.  Kita sendiri sudah boleh membayangkan bentul soalan yang harus kita selesaikan.  

Untuk seorang anak Bidayuh Sarawak yang bernama Aezzra Marvin Anak Vincent, 19 tahun pula mempunyai ceritera tersendiri kerana kejayaannya diiktiraf sebagai pencapaian markah terbaik di dunia (Outstanding Cambridge Learner Award) di dalam Cambridge Assessment International Examination (Advanced Subsidiary Level) July 19 examination telah membuat kita bangga bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha.  

Aezzra yang baharu sahaja merayakan harijadinya yang ke 19 tahun pada 11 Disember yang lepas merupakan pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 10A+ di dalam SPM dari MRSM Kuching dua tahun yang lepas.  Beliau juga adalah bekas pelajar SK Lobang Batu, Serian dengan pencapaian 5A UPSR.

Difahamkan anak Bidayuh ini sudahpun menamatkan A Level di German-Malaysia Institute dan akan melanjutkan pelajaran ke negara Jerman di dalam bidang kejuruteraan kimia menjelang Mac tahun depan.

Pautan berita penuh:  


Keputusan cemerlang dengan pengiktirafan dunia ini merupakan satu lagi bukti bahawa anak Sarawak boleh biarpun berasal dari luar bandar.  Yang penting ada tekad dan usaha di dalam setiap apa yang diminati.  Sekaligus kejayaan Aezzra ini mampu menjadi aspirasi untuk anak-anak Sarawak yang lain.  

Tahniah dan semoga terus maju jaya di dalam pelajaran dan penghidupan diucapkan kepada Aezzra Marvin Anak Vincent.  Syabas anak Sarawak.

No comments:

Post a Comment