Saturday 14 December 2019

MEMBELI KEPENTINGAN PETRONAS BOLEH MENYEBABKAN SARAWAK SABAH BANKRAP!


BEBERAPA hari ini satu persatu ahli politik dan juga penganalisa politik memberikan pandangan mereka mengenai isu penjualan kepentingan Persekutuan di dalam Petronas yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed. Menurut beliau adalah menjadi hak Kerajaan untuk menjual secara perundingan kepentingan Kerajaan di dalam Petronas kepada negeri pengeluar utama minyak dan gas Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.  

Bagi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Undang-undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek iaitu Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali yang juga ADUN Semariang menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan sama sekali membeli kepentingan di dalam Petronas.  Ini kerana menurut beliau bagaimana mungkin Sarawak hendak membeli sesuatu yang sememangnya hak negeri Sarawak itu sendiri.

Tambah beliau lagi bukanlah mudah untuk membeli kepentingan di dalam Petronas yang mana waima nilai 1% syer pun boleh mencecah berbilion-bilion ringgit Malaysia.  

Pautan berita penuh:


Lain pula halnya dengan YB Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak yang mana menyatakan bahawa peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia itu adalah satu peluang keemasan kerana secara langsung jika membelinya akan menyebabkan Sarawak mahupun Sabah akan mendapat penjanaan pendapatan yang berterusan.  

Selain itu menurut beliau, sekurang-kurangnya dua pengeluar minyak dan gas utama Malaysia itu akan mempunyai suara di dalam menentukan hasil bumi mereka dari diambil sesukahati.  

Pautan berita penuh:


Begitulah dua kenyataan kontra yang mana menyaksikan YB Chong seperti selalunya hanya menjadi “Pak turut” tatkala berbicara soal menyokong apa sahaja yang diutarakan oleh Malaya.  Beliau mungkin sudah lupa ingatan ataupun sahaja hendak menunjukkan “kepintaran” berkata-kata TIDAK SEPERTI YB Datuk Sharifah Hasidah yang sudah mengetahui nilai syer-syer Petronas bukanlah hanya berharga seringgit dua seperti membeli “asam payak setompok” di pasar minggu.  

Adalah difahamkan bahawa untuk nilai 1% syer Petronas sahaja berharga RM8.06 bilion.  Nilai ini diperkatakan oleh seorang penganalisa politik iaitu Joe Samad seperti pautan ini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/12/13/mahathirs-cruel-joke-on-sabah-and-sarawak/

Dan bayangkan apakah relevan untuk menghabiskan berbilion-bilion ringgit hanya untuk syer seperti itu.  Sabah mempunyai rizab sebanyak RM6 bilion manakala Sarawak pula RM32 bilion, jadi hanya untuk menjadi pemegang ekuiti yang mempunyai kuasa dan pemberi keputusan seharusnya bukan hanya 1 ke 2 peratus syer sahaja.  Bukankah jika membeli hanya 1% syer sahaja Sabah boleh bankrap dan untuk Sarawak jika membeli 4% syer maka lenyaplah segala rizab yang kita ada sekarang.  

Lihatlah permainan Tun Mahathir di dalam hal ini yang mana hakikatnya apa yang ditawarkan itu sebenarnya begitu kejam malah boleh diibaratkan sedang cuba untuk membawa Sabah dan Sarawak kembali semula ke zaman kedaifan tanpa tunai di tangan sama sekali.  

BERITA GEMBIRA dan PELUANG KEEMASAN seperti yang dibanggakan oleh YB Chong “kali kong” itu adalah sebenarnya satu kebodohan sekiranya Sabah dan Sarawak terikut-ikut dengan permainan Persekutuan.  Minyak dan gas itu disedut dari bumi kita dan dek kerana itulah kita masih lagi mempertingkaikan kesahihan PDA 1974 dan selagi hal ini tidak dimuktamadkan di mahkamah ianya akan kita tuntut sampai bila-bila.  

BUKAN SARAWAK yang harus mendengar kata-kata Malaya TETAPI MALAYA yang harus mendengar kata-kata kita. USAHLAH KITA DIPALOIKAN UNTUK 100 TAHUN LAGI!!

Jangan ada mata, buta; ada telinga, pekak dan ada mulut, bisu!

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST  

No comments:

Post a Comment