Tuesday 10 December 2019

RAKYAT MALAYSIA TERKORBAN LETUPAN GUNUNG BERAPI PULAU WHITE


PESURUHJAYA Tinggi Malaysia di New Zealand mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia terkorban semasa gunung berapi White Island meletup semalam.  Ini dinyatakan di dalam laman twitter mereka. Sehingga kini butiran peribadi rakyat Malaysia masih belum diwar-warkan lagi.

Difahamkan ketika letupan berlaku lebih kurang 47 orang pelancong sedang berada di pulau tersebut.  Daripada 47 orang pelancong tersebut 31 orang cedera dan dirawat di hospital manakala lima terbunuh dan lapan lagi masih hilang.

Pulau White atau Pulau Whakaari merupakan pulau yang menjadi tarikan pelancong di New Zealand dan gunung berapi di pulau tersebut meletup secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran semalam.  

No comments:

Post a Comment