Sunday 29 December 2019

AHLI PARLIMEN BERTANDING DI DEWAN UNDANGAN NEGERI


MENJENGAH tahun 2020 sudah tentu yang menjadi tajuk bualan adalah Pilihanraya Negeri Sarawak yang mungkin akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja kerana mandat akan berakhir menjelang April 2021.  Dalam corat-coret rakyat jelata berbicara mengenai PRN Sarawak ada terselit cerita mengenai berkemungkinan besar ada ahli Parlimen Sarawak yang akan “pulang” untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Mengulas isu itu seorang ahli Parlimen Kanan Sarawak iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang juga mantan menteri Persekutuan serta Ahli Parlimen Santubong mempunyai pandangan yang berbeza.  Menurut beliau soal ahli Parlimen bertanding di kawasan DUN haruslah dilakukan dengan cukup berhati-hati kerana ianya melibatkan sensitiviti rakyat di sesuatu kawasan.  Ini kerana satu kerajaan yang baik hendaklah melibatkan ahli politik lama dan muka-muka baru lebih-lebih lagi andaikata sesuatu kawasan itu sudahpun mempunyai bakal “YB” sendiri yang akan menentukan kemenangan sesuatu parti.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Bagi seorang pensyarah di Universiti Malaya yang juga penganalisa politik iaitu Professor Madya Dr. Awang Azman bin Awang Pawi pula melontarkan pandangan beliau bahawa andainya ada ahli Parlimen Sarawak yang berkeinginan untuk berbuat sedemikian makanya ahli politik itu harus meninggalkan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lalu.  

Menurut beliau berkemungkinan besar kekecewaan seorang ahli Parlimen Sarawak setelah BN kalah dan sekarang menjadi anggota blok pembangkang menjadikan suara mereka “sayup-sayup” kedengaran di Parlimen lantas ingin menjadi suara yang lebih besar di DUN pula.  Seharusnya tidaklah boleh sebegitu memandangkan seorang ahli Parlimen Sarawak hendaklah terus-terusan memperjuangkan suara dan hak Sarawak di peringkat Parlimen.

Pautan berita penuh seperti berikut:


Begitulah antara cerita dunia politik menjelang PRN Sarawak yang dikhabar anginkan akan diadakan selepas Jun 2020 ini.  Ianya juga menurut penganalisa politik Malaysia amnya dan Sarawak khususnya mungkin akan menjadi “Raja Segala PRN” kerana PH sebagai satu kerajaan persekutuan sekarang tidak akan membiarkan satu parti tempatan Sarawak untuk terus berkuasa.  

Walau apa-apa pun keputusan samada seorang ahli Parlimen GPS itu akan menjadi “calon Yang Berkhidmat” di Dewan Undangan Negeri adalah kuasa mutlak kepada Presiden GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.  Dengan pengalaman beliau mengemudi tampuk kepimpinan GPS sudah tentu beliau mempunyai strategi yang tersendiri di dalam memastikan pengundi akan terus mendokong GPS menjadi pengemudi pemerintahan Sarawak Bumi Kenyalang.  


#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST 

No comments:

Post a Comment