DEK kerana untuk membayar hutang yang ditanggung negara sekarang, ada ura-ura daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjual kepentingan kerajaan di dalam Perbadanan Petroleum Nasional (Petronas) kepada dua negeri yang mana sumber minyak dan gas itu paling banyak digodek selama 43 tahun kebelakangan.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed menyatakan bahawa hak menjual kepentingan itu adalah hak Kerajaan dan ianya sekaligus memberikan situasi menang-menang kepada Sabah dan Sarawak di dalam kegagalan Kerajaan memenuhi tuntutan 20% royalti minyak seperti yang tertulis di dalam manifesto PH pada PRU-14 yang lepas.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed menyatakan bahawa hak menjual kepentingan itu adalah hak Kerajaan dan ianya sekaligus memberikan situasi menang-menang kepada Sabah dan Sarawak di dalam kegagalan Kerajaan memenuhi tuntutan 20% royalti minyak seperti yang tertulis di dalam manifesto PH pada PRU-14 yang lepas.
Pautan berita penuh:
Mengulas isu itu, Ahli Parlimen Santubong iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menyatakan bahawa apa yang dicadangkan oleh Persekutuan itu adalah sesuatu yang pelik dan ianya adalah seumpama memaksa si pemilik harta membeli hartanya sendiri. Selama ke hari ini di Sabah dan Sarawaklah pengeluar utama minyak dan gas yang dijadikan penjana ekonomi negara Malaysia.
Dan beliau turut menambah tidaklah semudah itu pihak Kerajaan boleh melakukan penjualan pegangan mereka kerana persetujuan daripada negeri pengeluar utama harus diadakan. Andaikata mereka cuba untuk menjual kepentingan kepada orang luar maka adalah menjadi hak Sabah dan Sarawak memohon injuksi mahkamah bagi menghalang hal seperti itu berlaku.
Berbicara mengenai isu CEO Petronas yang mengwar-warkan bahawa Petronas tidak mendapat jumlah keuntungan yang sepatutnya sehingga adalah mustahil untuk memberikan 20% royalti kepada Sabah dan Sarawak, DS Wan Junaidi menyarankan agar Petronas itu diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk mengurustadbirnya kerana sudah tampak bahawa mereka gagal.
Tambah DS Wan Junaidi lagi, andaikata Petronas bertukar tangan kepada Sabah Sarawak maka bersedialah untuk kerajaan Persekutuan menerima 5% royalti sepertimana apa yang mereka lakukan kepada negeri-negeri pengeluar sejak tahun 1970an dahulu.
Pautan berita seperti berikut:
Hakikatnya apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang adalah semata-mata untuk menutup mulut Sabah dan Sarawak agar tidak menuntut janji yang mereka sendiri adakan. Dan Petronas yang semakin susut nilai sejak kebelakangan ini dijadikan “kambing hitam” bagai tikar buruk yang tidak berguna setelah selama ke hari ini memboncetkan kantung Malaya.
Begitulah ceritanya si “pencuri” yang mencuri di siang hari akhirnya cuba menjual “harta curi” kepada yang kena curi selama 43 tahun secara professional. Kita mengharapkan agar ada ketegasan di dalam hal ini. Eboh kenak bulak lagik!
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST
No comments:
Post a Comment