Monday, 30 December 2019

PENANGGUHAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)



RAKYAT Malaysia sudah sedia maklum bahawasanya Program Subsidi Petrol akan mula berkuatkuasa menjelang Januari 2020 namun begitu pada hari ini satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh KPDNHEP yang menyatakan bahawa program tersebut DITANGGUHKAN kepada satu masa yang akan diumumkan.  

Nampak gayanya sekali lagi Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat pusingan U atas janji manifesto mereka yang mana buat masa sekarang rakyat Malaysia masih lagi menikmati formula yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya.  Sepatutnya Kerajaan PH harus membawa masuk seorang individu ke dalam kabinet yakni seorang pakar perunding minyak yang kuat mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia mampu memberikan harga minyak RM1.50 seliter kepada rakyatnya.

No comments:

Post a Comment