Monday, 9 December 2019

TIADA LAGI WANG PERCUMA UNTUK RAKYAT -TUN M-


KITA almaklum betapa selama ke hari ini, rakyat terutama sekali golongan B40 begitu menantikan pemberian wang tunai yang dahulunya dikenali sebagai BR1M kemudian ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) setelah Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya hampir dua tahun yang lepas. Setiap kali ianya mula diedarkan kita sendiri melihat bagaimana rakyat sanggup menunggu dengan berbaris panjang samada di bank ataupun di pusat pengagihan.  

Ketika di Langkawi semalam, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed di dalam ucapannya menyatakan bahawa Kerajaan sekarang terpaksa untuk menghentikan pemberian wang percuma kepada rakyat kerana terpaksa menanggung beban hutang negara yang semakin meningkat.  


Pautan berita penuh:


Begitulah ceritanya apabila sudah berkuasa, sekali lagi rakyat juga yang menjadi mangsa biarpun hakikatnya semenjak Kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya belum ada yang positif mereka lakukan baik dari segi ekonomi dan sebagainya.  “Blaming game” ke atas kerajaan terdahulu terus-terusan digunakan sedangkan hakikatnya kerajaan sekarang turut membuat pelbagai pinjaman mahupun menjual aset-aset kerajaan.  Yang nyata sekali hutang negara terus meningkat malah ketara peningkatannya semenjak dibawah Kerajaan PH.  

Teringat pesan Datuk Ustaz Kazim Elyas sebelum pilihanraya dahulu, hati-hati memangkah, silap pangkah dapat taik! :D

No comments:

Post a Comment