Tuesday 10 December 2019

PETRONAS JADIKAN RAKYAT SARAWAK SEBAGAI WARGANEGARA KELAS KEDUA DI MALAYSIA


TIGA hari yang lepas iaitu pada 7hb Disember 2019, CEO Petronas mengeluarkan kenyataan mengapa dan kenapa Petronas tidak mampu memberikan 20% royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia.  Menurut Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin menyatakan bahawa Petronas hanya mendapat untung 3.7% daripada jumlah pengeluaran minyak setelah ditolak kos pengeluaran, royalti minyak dan gas di Malaysia.  

Pautan berita penuh seperti berikut:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/12/07/petronas-ceo-explains-why-20pc-oil-royalty-to-state-govts-not-possible/1816958

Mengulas isu tersebut, Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Yang Berbahagia Dato Seri Hajjah Nancy Syukri menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Petronas kerana menurut beliau, Tan Sri Wan Zulkiflee sepatutnya mengetahui akan kedudukan kewangan dan kos operasi Petronas di Malaysia.  Namun hakikatnya yang berjanji akan pemberian 20% royalti minyak BUKANLAH Petronas tetapi Kerajaan Pakatan Harapan seperti yang tertera di dalam manifesto mereka pada PRU Ke-14 yang lalu.  

Malah menurut DS Nancy, YB Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak sendiri berjanji bahawa andainya Pakatan Harapan berjaya menakluki Putrajaya maka pemberian 20% royalti minyak beserta 50% perolehan cukai dikembalikan kepada Sarawak TANPA SYARAT.  

Tambah MP Batang Sadong lagi berdasarkan kepada data-data yang dikumpulkan sebelum ini menunjukkan bahawa semenjak dari tahun 1976 hingga 2017, jumlah yang telah digodek dari hasil minyak di Sarawak oleh Petronas adalah sebanyak RM660 bilion dan sepanjang waktu itulah jumlah keseluruhan yang diberikan kepada Sarawak HANYALAH RM33 BILION.    

Pautan berita penuh seperti berikut:


Mana mungkin Sarawak boleh menerima kenyataan ini yang mana sudah jelas sekali Petronas melalui Malaya membuli rakyat Sarawak seperti warganegara Malaysia kelas kedua.  Rakyat Sarawak adalah pemilik hasil maksum yang digodek dari bumi Sarawak hanya untuk KEPENTINGAN PETRONAS DAN MALAYA sahaja.

Malah ketika Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Putrajaya, begitu mudah Petronas menyalurkan dana RM30 bilion kepada Persekutuan seperti pada belanjawan 2020 yang lepas.  SARAWAK DAPAT APA?????

Yang berjanji bulan bintang itu Pakatan Harapan, mengapa Petronas yang harus tampil membela “tuan” mereka!!!

No comments:

Post a Comment