Monday, 16 December 2019

LAPANGAN TERBANG LANDASAN PENDEK BEBULING, SPAOH BAKAL DIBINA


LAPANGAN terbang landasan pendek atau di dalam istilah penerbangan “STOLport” yang merujuk kepada lapangan terbang yang dikhaskan untuk perlepasan dan pendaratan pendek bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak.  Malah jika kita mengikut kepada laporan yang dikeluarkan oleh MAHB ada menyatakan bahawa STOLport di Sarawak adalah yang terbaik di Malaysia setakat ini.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Jadi seandainya Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg begitu komited untuk membina satu lagi STOLport di Bebuling, Spaoh maka ianya adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.  Difahamkan dokumentasi untuk pembinaan STOLport di Spaoh, Betong itu sekarang di dalam peringkat penelitian Jabatan Penerbangan Awam (DCA).  Turut dinyatakan untuk pembinaan STOLport Spaoh ini, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak memperuntukkan kos sebanyak RM108 juta untuk projek tersebut.  

Dengan siapnya kelak maka ia boleh digunakan untuk memasarkan produk pertanian terutama sekali hasil pertanian segar dari Bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei dengan lebih cekap dan menjimatkan masa serta kos logistik.  Sekaligus ianya akan berjaya mencapai misi dan visi untuk menjadikan Betong sebagai “bakul makanan negeri Sarawak” pada masa hadapan.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment