Monday, 30 December 2019

KUCHING HUB PENERBANGAN UMRAH UNTUK MUSLIM BORNEO


PENGANUT agama Islam di Pulau Borneo bukanlah sedikit kerana Borneo itu sendiri mencakupi Sarawak dan Sabah, Malaysia; Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Republik Indonesia.  Dan tatkala berkata mengenai kewajipan untuk menunaikan yang harus di dalam ajaran agama Islam iaitu Ibadah Umrah sudah tentu ada syarikat penerbangan yang menjadi pilihan untuk ke Jeddah dan Madinah.    

Menjelang tahun 2020 satu lagi lembaran baru di dalam merancakkan industri pelancongan serta mampu meningkatkan ekonomi Sarawak apabila dua syarikat pengendali umrah iaitu ATS Global dan Charter Sdn Bhd akan menjadikan Kuching sebagai hub untuk kendalian umrah mereka dengan penerbangan langsung dari Kuching ke Jeddah dan Madinah dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu.  Dan lebih menarik lagi ianya bukan hanya mengkhusus untuk muslim di Sarawak sebaliknya meliputi semua wilayah di Pulau Borneo.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment