GENERASI baru itu adalah pelapis kepimpinan negara dan mungkin begitulah yang dapat dikaitkan apabila Negara Finland melalui Parti Social Democrate telah melantik seorang perdana menteri wanita yang masih muda iaitu Sanna Mirella Marin sebagai Perdana Menteri Finland yang baharu pada 8hb Disember 2019. Sekaligus perlantikan ini melakar sejarahnya tersendiri sebagai PERDANA MENTERI TERMUDA DI DUNIA.
Sanna yang dilahirkan pada tanggal 16hb November 1985 baharu sahaja berusia 34 tahun dan beliau dilantik selepas mantan PM Finland iaitu Antti Rinne meletak jawatan. Beliau sebelum ini merupakan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Negara Finland dan sudah menjadi ahli parlimen semenjak tahun 2015.
Pautan berita penuh:
Kita di Negara Malaysia juga haruslah berbangga kerana sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita sekarang turut melakar sejarahnya tersendiri sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Dan tidak terkecuali kita juga turut mempunyai “bakal Perdana Menteri” paling lama di dunia yang sekarang masih terkial-kial dengan krisis di dalam partinya.
No comments:
Post a Comment