Saturday, 7 December 2019

KONGRES NASIONAL PKR DITINGGALKAN OLEH RATUSAN PENYOKONG AA


SUDAHLAH semalam menyaksikan mesyuarat AMK Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka umpama gelanggang gusti dengan berlakunya aksi perkelahian sesama anggota parti sehingga ada yang pecah kepala.  Lain pula jadinya pada hari ini apabila Kongres Nasional yang berlangsung di tempat yang sama sengaja DITINGGALKAN oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama-sama dengan tiga Naib Presiden, 22 MPP serta beratus-ratus lagi ahli PKR.

Video yang memaparkan Kongres Nasional PKR ditinggalkan adalah seperti berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=faC_9RafZ_Y

Difahamkan tindakan kesemua mereka adalah sebagai satu tanda protes terhadap Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim serta pembahas Team Anwar yang telah menyerang Azmin dan kuartetnya di dalam konvesyen tersebut. Menurut Azmin Ali di dalam sidang medianya selepas kejadian menyatakan bahawa Presiden PKR telah tidak mengotakan janjinya seperti apa yang mereka bincangkan pada tanggal 4hb Disember 2019 yang lepas.

Pautan berita penuh:  
 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/524478/azmin-dan-22-mpp-keluar-dewan-metrotv

Sudah terang lagi bersuluh sekarang yang Parti Keadilan Rakyat umpama retak menanti belah. Selepas Konvensyen PKR Sarawak pada bulan lepas di Miri, satu persatu hal “dalam kelambu” terbongkar jua biar cuba dinafikan oleh pemimpin mahupun penyokong mereka.  
  

No comments:

Post a Comment